Riyadh: Media dikuasai kumpulan Houthi pada Sabtu melaporkan serangan Arab Saudi membunuh 11 orang di ibu negara Yaman, Sanaa.
Serangan itu sejurus selepas pakatan pimpinan Arab Saudi memaklumkan memintas dua peluru berpandu menyasarkan bandar-bandar di Arab Saudi.
Saluran media Al-Masirah kendalian Houthi melaporkan siri serangan udara Arab Saudi menyasarkan Sanaa, termasuk satu serangan ke atas rumah yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan beberapa mangsa lagi cedera.
Satu lagi serangan berasingan ke atas bangunan kediaman pekerja kilang simen di wilayah Sanaa didakwa mengorbankan enam wanita dan seorang kanak-kanak serta mencederakan tiga yang lain, menurut penyiar berkenaan.








