KUALA LUMPUR: Perasaan gementar dan kurang keyakinan diri ketika menjalani uji bakat antara faktor pelakon Puteri Aishah tidak lagi muncul di layar perak sejak membintangi filem sulung, Pulang, pada 2018.

Bukan dia tidak berminat untuk terus membintangi filem, sebaliknya, Puteri, 32, memberitahu, kebanyakan tawaran diterima memerlukan dirinya menjalani uji bakat, situasi yang diakuinya agak mencabar untuk menghidupkan watak diberikan.

Akuinya, berbeza dengan penggambaran drama yang membolehkannya membina emosi ketika beraksi bersama pelakon lain di lokasi sebenar, sesi uji bakat menuntutnya menggunakan imaginasi untuk membayangkan situasi dan menghayati watak.

"Bukan saya tidak mahu berlakon filem atau tidak pernah mencuba. Selepas membintangi Pulang, kebanyakan tawaran filem yang diterima memerlukan saya menghadiri uji bakat.