Gombak: Mempunyai perasaan gementar dan kurang yakin ketika menghadiri uji bakat menjadi antara faktor pelakon, Puteri Aishah sudah lama tidak muncul di layar perak sejak filem sulungnya, Pulang pada 2018.

Menurut Puteri Aishah, 32, apabila perlu menjalani uji bakat untuk membintangi sesebuah filem menyebabkan dia akan berdepan kesukaran untuk berimaginasi bagi menghidupkan sesuatu watak.

"Bukan saya tidak mahu berlakon dalam filem atau tidak pernah mencuba, tetapi selepas membintangi Pulang, kebanyakan tawaran filem yang diterima memerlukan saya menghadiri uji bakat terlebih dahulu.

"Saya akui kurang mahir ketika uji bakat kerana susah hendak bayangkan situasi dalam babak diberikan, lebih-lebih lagi apabila tidak berlakon bersama pelakon sebenar atau berada di lokasi penggambaran sebenar.