HEBRON: Tentera Israel mengusir kira-kira 2,000 penduduk Palestin di Hebron dekat Tebing Barat yang diduduki selepas melakukan operasi di bandar berkenaan semalaman.

Rejim Zionis berikrar untuk mengenakan hukuman berat selepas dua rakyat Palestin membunuh dua anggota tentera Israel sebelum mereka ditembak mati.

Justeru, Pihak Berkuasa Palestin menggesa tekanan antarabangsa dikenakan terhadap Israel bagi melindungi penduduk di wilayah itu.

Tentera Israel mengumumkan arahan pemindahan menerusi pembesar suara pada lewat malam, memaksa penduduk Palestin di wilayah berkenaan sekadar mengemas barang yang termampu sebelum meninggalkan kediaman masing-masing.