Kuala Lumpur: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimbau momen manis di awal kerjaya seninya apabila sering menyanyikan lagu klasikal Mandarin terkenal, Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (The Moon Represents My Heart) untuk mencari rezeki dalam industri seni.

Perkara itu dikongsikan sendiri Siti Nurhaliza pada Konsert Cuckootopia Penghargaan Ulang Tahun Ke-12, di sini, malam tadi.

Nyanyian yang menggamit memori itu tercetus selepas personaliti media sosial dan usahawan, Phei Yong menyuarakan hasrat untuk mendengar penyanyi nombor satu negara itu membawakan lagu berkenaan secara langsung.

"Saya pun ada cita-cita. Dulu masa saya kecil-kecil semasa di sekolah rendah lagi, saya tengok TV3 dan dengar Tokti (panggilan Siti) menyanyi lagu Bahasa Cina.