Kota Bharu: Semua calon Perikatan Nasional (PN) bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah dalam kalangan individu yang lulus proses saringan dijalankan Majlis Syura Ulama.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PN sudah mengenal pasti nama calon (PRN Melaka) walaupun rundingan pembahagian kerusi masih berlangsung.
Beliau berkata, proses saringan itu memberi tumpuan kepada bakal calon dan bukannya kerusi yang akan ditandingi mereka, memandangkan pembahagian kerusi muktamad masih belum diputuskan.
"Kita sudah mengenal pasti calon-calon terbabit. Saya boleh mengesahkan bahawa calon yang kita kenal pasti bagi kerusi yang diperuntukkan kepada kita sudah mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama," katanya kepada Harian Metro, hari ini.









