Austin: Kimi Antonelli semakin hampir mencipta sejarah sebagai juara dunia termuda Formula Satu (F1) apabila pelumba Mercedes itu meraih petak utama Grand Prix (GP) Amerika Syarikat selepas mengungguli sesi kelayakan di Austin.

Pelumba muda Itali berusia 20 tahun itu mencatat masa terpantas satu minit 34.035 saat untuk meraih petak utama ketujuh musim ini, sekali gus meletakkan dirinya pada kedudukan terbaik menjelang perlumbaan esok yang berpotensi menyaksikan beliau mengesahkan kejuaraan dunia.

Antonelli hanya perlu memenangi perlumbaan di Austin, dengan rakan sepasukannya, George Russell menamatkan saingan di luar kelompok lapan terbaik dan Lewis Hamilton di luar kelompok empat terbaik untuk mengesahkan gelaran dunia.