GEORGETOWN: Isu jerebu diangkat sebagai metafora dalam sajak terbaharu nukilan Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan berjudul Jambatan Pulau Pinang yang dipersembahkan pada Malam Puisi Riong Berita Harian (BH), di sini malam tadi.
Zurinah, 77, berkata beliau mendapat ilham menghasilkan naskhah itu ketika dalam perjalanan pulang dari kampung halamannya di Kedah, melalui Jambatan Pulau Pinang menuju lapangan terbang di Bayan Lepas pada akhir bulan lalu.
Ketika mendeklamasikan puisi itu, beliau menggambarkan situasi jerebu merentasi sempadan negara dan 'menyeberang' ke mana-mana sahaja tanpa memerlukan pasport atau visa seolah-olah tidak mampu dihalang atau disekat undang-undang.
"Semasa melalui Jambatan Pulau Pinang, saya melihat bagaimana suasana jerebu di situ dan menginterpretasikan kehidupan manusia yang berdepan masalah jerebu.









