Phillip Island: Pencabar kejuaraan dunia, Jorge Martin, disahkan tidak akan menyertai perlumbaan MotoGP Australia hari ini selepas tulang lengannya retak, sekali gus menjejaskan peluangnya memburu gelaran dunia.
Pelumba Aprilia dari Sepanyol itu terjatuh pada kelajuan tinggi ketika perlumbaan pecut semalam, ketika bersaing dengan Marc Marquez yang akhirnya muncul juara, untuk merebut kedudukan pendahulu pada pusingan kelapan sebelum tergelincir ke kawasan batu kerikil.
Dia dibawa ke pusat perubatan litar selepas kemalangan itu. Aprilia kemudian mengesahkan Martin "diisytiharkan tidak cergas" untuk berlumba hari ini.
Pada awalnya, terdapat kebimbangan Martin mengalami dua keretakan tulang lengan berhampiran pergelangan tangan dan mungkin perlu pulang ke Sepanyol untuk menjalani pembedahan.








