Phillip Island: Marc Marquez tidak berpeluang melebarkan jurang mata dalam kejuaraan dunia ke atas Jorge Martin yang mengalami kecederaan selepas perlumbaan MotoGP Australia terakhir di Phillip Island dibatalkan hari ini berikutan keadaan litar yang berbahaya.
Penganjur membatalkan perlumbaan itu meskipun tiket habis dijual selepas hujan berterusan dan jarak penglihatan yang terhad menyebabkan perlumbaan tidak selamat untuk diteruskan. Perlumbaan Moto3 dan Moto2 turut dibatalkan.
"Jarak penglihatan yang terhad menyebabkan perlumbaan MotoGP Australia dibatalkan," kata pihak penganjur.
Ia menjadi penamat yang mengecewakan kepada hampir tiga dekad penganjuran perlumbaan di litar tepi pantai yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Melbourne itu, dengan perlumbaan di Australia akan berpindah ke litar jalan raya di pusat bandar Adelaide tahun depan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F06%2F176425cb0befa1c942f005195aae7031.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
