Kuching: Sebanyak 27 sekolah di Tebedu akan ditutup sementara esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200, dengan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesihatan murid dan warga pendidikan.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu membabitkan sebuah sekolah menengah dan 26 sekolah rendah, berdasarkan pemantauan berterusan serta bacaan IPU setakat jam 2 petang hari ini.
Keputusan berkenaan turut mengambil kira laporan Jabatan Meteorologi mengenai perkembangan keadaan jerebu di negeri ini.
Menurut JPN Sarawak, pelaksanaan PdPR adalah selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016, iaitu Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F06%2F176425cb0befa1c942f005195aae7031.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
