KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut akan diarahkan tutup sementara bagi melindungi kesihatan murid dan guru daripada kesan jerebu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman berkata keputusan itu diputuskan sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang semakin membimbangkan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, langkah berkenaan turut selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan (KPM) susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.









