PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya sekolah di kawasan terjejas jerebu ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kekal antara 150 hingga 180 untuk tempoh berpanjangan.
Baginda bertitah, keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.
“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.







