nuratikah@bh.com.my
Kuala Lumpur: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula esok.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata, penutupan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan keadaan jerebu yang melanda negara.
"Bagi institusi pendidikan di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula akan ditutup bermula Isnin ini.
"Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)," katanya dalam kenyataannya, hari ini.









