MELAKA: Barisan Nasional (BN) kekal dengan 'bai'ah' atau aku janji yang dimeterai bersama PAS dan rakan strategiknya berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pendirian itu sekali gus menutup ruang rundingan bagi permintaan mendapatkan tambahan dua kerusi pada pilihan raya berkenaan.

"Saya pun mendengar adanya usaha-usaha 'pengintaian' itu, tetapi kita sudah ada 'bai'ah', kita sudah ada perjanjian bahawa mereka diberikan peluang untuk merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi oleh BN.

"Kita serahkan kepada mereka untuk pengagihan dalam kalangan parti gabungan di dalam PN," katanya.