PENGGANTUNGAN keahlian Abu Bakar Hamzah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selama dua penggal pemilihan tidak menggugat kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Menteri Besar.

Ia berdasarkan Perkara 50A (Pindaan) 2022 antaranya seperti pemecatan daripada parti politik, pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politik dan pelepasan keanggotaan daripada parti politik tidak menyebabkan kerusi seseorang ADUN itu menjadi kosong.

Berdasarkan itu, Abu Bakar masih kekal sebagai ADUN dan tidak berlaku sebarang kekosongan.

Di peringkat parti, Abu Bakar diberikan masa selama dua minggu mengemukakan rayuan dan sekiranya rayuan ditolak sekali pun, secara teknikal Abu Bakar adalah kekal sebagai ahli Bersatu.