Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Nasional Suyudi Ario Seto berkata pihak berkuasa memintas kapal tangki MT Global 168 di luar perairan Tanjung Balai Asahan hasil pemantauan hampir seminggu. (Gambar Facebook)JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.16 tan ketamin daripada sebuah kapal tangki dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara dan menahan lapan anak kapal menerusi satu operasi bersepadu, kata pegawai kanan polis pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Nasional, Suyudi Ario Seto, berkata pihak berkuasa memintas kapal tangki MT Global 168 di luar perairan Tanjung Balai Asahan, selepas hampir seminggu menjalankan pemantauan membabitkan polis, Badan Narkotik Kebangsaan, kastam dan polis marin.