Kerajaan galak penjawat awam dan orang ramai guna aplikasi navigasi tempatan, TuJu.PETALING JAYA: Penggunaan aplikasi tempatan seperti TuJu sebagai alternatif kepada Waze perlu disusuli audit keselamatan secara berkala bagi memastikan data pengguna, termasuk maklumat sensitif kerajaan, terus dilindungi, kata pakar keselamatan siber.

Fong Choong Fook.Pengasas dan CEO LGMS Bhd, Fong Choong Fook, berkata tumpuan tidak seharusnya hanya diberikan kepada negara asal sesebuah aplikasi, sebaliknya bagaimana pengendalinya mengurus dan melindungi data yang dikumpul.

“Sama ada aplikasi luar atau aplikasi buatan tempatan, isu paling utama adalah bagaimana pengendalinya melindungi data yang dikumpul.

“Operator tempatan perlu melalui proses pengetatan dan pemeriksaan keselamatan yang betul bagi menjamin ketahanan sistem mereka,” katanya kepada FMT.