JAKARTA – Pihak berkuasa merampas 1.1 tan ketamin daripada sebuah kapal asing di perairan Pulau Sumatera dalam rampasan dadah besar kali kedua di Indonesia sejak dua bulan lalu, kata seorang pegawai kanan polis hari ini.

Ketamin berfungsi terutamanya sebagai ubat bius tetapi disalahgunakan secara meluas sebagai dadah parti haram. Pengedarannya dikawal dan dipantau secara ketat di Indonesia.

“Komuniti perisikan mula menjejaki kapal tangki MT Global 168 yang berlayar dari Thailand melalui Laut Andaman pada Ogos lalu selepas menerima maklumat ia mungkin terlibat dalam aktiviti mencurigakan, “ kata Ketua Polis Indonesia, Suyudi Ari