KUALA LUMPUR: Dua lelaki maut selepas kereta Proton Wira dinaiki terbabit dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut itu jam 1.05 pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 12.20 tengah malam apabila Proton Wira dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.

"Pemandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya.