SETIU - Dua rakan yang juga peniaga maut selepas kereta jenis Proton Waja dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah treler dalam nahas melibatkan lima kenderaan di Kilometer 48, Kampung Selamat, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, mangsa yang juga pemandu Proton Waja, Nur Fauziah Ismail, 38 dan penumpang hadapan, Zawiah Halias, 41 dari Bandar Permaisuri di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 4 petang.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta Proton Waja yang dipandu Nur Fauziah dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan."Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah treler jenis Mercedes Benz yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu."Akibat pelanggaran tersebut, treler berkenaan hilang kawalan lalu bergesel dengan tiga kenderaan lain iaitu sebuah Perodua Aruz, Perodua Myvi dan sebuah lori jenis UDT yang bergerak dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan bersama."Mereka yang mempunyai maklumat atau menjadi saksi kepada kejadian ini diminta tampil ke Pejabat Trafik IPD Setiu atau menghubungi Inspektor Thaufiq di talian 011-26069043 bagi membantu siasatan," ujarnya.
Dua wanita maut kemalangan babitkan lima kenderaan

Key takeaways
Dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Setiu selepas kereta mereka bertembung dengan treler.
- Kemalangan berlaku di Kilometer 48, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu pada Sabtu.
- Nur Fauziah Ismail dan Zawiah Halias meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Siasatan awal mendapati kereta hilang kawalan dan bertembung dengan treler.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Wanita cedera, anak dalam kandungan maut kemalangan
- Sinar Harian Dua wanita maut kemalangan babitkan lima kenderaan (this story)
- Harian Metro Dua wanita maut kemalangan lima kenderaan di Setiu








