Paris: Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera, termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun, selepas seorang individu melepaskan tembakan pada Jumaat di Trappes, sebuah bandar di Daerah Yvelines berhampiran barat daya Paris, menurut Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez pada sidang media, lapor Xinhua.

Bila ditanya mengenai motif, Nunez menyelar insiden itu sebagai jenayah keganasan sambil menambah bahawa "siasatan sedang dijalankan dan ini adalah perbuatan yang sangat serius."

Insiden tembakan berlaku pada kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan (0830 GMT). Penyerang melepaskan tembakan menggunakan senjata automatik dari dalam kereta, lapor akhbar harian Perancis Le Figaro.

Perdana Menteri Perancis Sebastien Lecornu menerusi platform media sosial X mengesahkan bahawa suspek telah ditangkap dan ditahan polis.