SEBERANG PERAI – Pulau Pinang tidak memerlukan pembinaan ‘venue’ baharu bagi penganjuran enam acara Sukan SEA 2027 apabila persiapan negeri itu kini mencapai 85 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, tumpuan ketika ini adalah kepada aspek logistik dan pengurusan selain memuktamadkan beberapa perkara berkaitan penggunaan venue, termasuk rundingan harga.
Menurutnya, dua lokasi di bahagian pulau telah dikenal pasti bagi penganjuran acara berkenaan, namun pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Malaysia (MASOC) 2027.
“Sekarang kita dalam 85 peratus persediaan dan berbanding negeri penganjur lain, mungkin kita lebih mudah kerana venue sudah sedia ada. Kita tidak melibatkan sebarang pembinaan venue baharu, cuma perlu melihat aspek l










