KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan adinda baginda Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhum dalam kalangan para solihin.
“Mendoakan agar Sultan Terengganu serta seluruh kerabat diraja dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini. Al-Fatihah,” menurut hantaran di Facebook.










