GEORGE TOWN – Bukan meminta kemewahan, sebaliknya hanya mengharapkan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan meringankan beban ibu tersayang yang semakin dimamah usia.
Demikian hasrat seorang pesakit skizofrenia di Pasir Mas, Kelantan, Che Suzeli Nik Munir, 46, dalam menguruskan keperluan hariannya.
Namun, impian lelaki itu akhirnya tercapai apabila pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menghulurkan bantuan dengan membelikan sebuah kerusi roda untuk kegunaannya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Facebook pegawai khas Steven Sim, Rosly Yusof, lelaki itu sebelum ini telah menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen









