Kuala Lumpur: Polis akan memanggil penganjur sebuah audio siar bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegiatan pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang dibangkitkan dalam rancangan berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, setakat ini, polis sudah merakam keterangan empat individu berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sebelum kes dirujuk kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat.

"Setakat ini ada empat keterangan diambil. Kita juga akan memanggil pihak penganjur podcast.