Kuala Lumpur: Penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail menafikan perjalanan karier seninya bergerak perlahan berikutan kelibatnya kurang kelihatan dalam industri muzik tempatan.

Menurut Iskandar, 48, jadual seni dan persembahannya sentiasa padat di negara asalnya, malah aktif merancang pelbagai kandungan digital bagi memastikan namanya kekal relevan dalam industri.

"Saya tidak merasa sangat perkara itu (kerjaya seni bergerak perlahan) kerana di Singapura saya menerima banyak tawaran persembahan. Walaupun di sini (Malaysia) agak kurang, tetapi saya memang sibuk di sana (Singapura).

"Pada masa sama, apabila kembali ke sini (Malaysia), ada beberapa perkara yang saya lakukan seperti menghasilkan lagu 'cover' serta kandungan untuk platform digital dan media sosial.