CEO Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar (lima dari kiri) dan CEO Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia, Suriaghandi Suppiah (empat dari kanan) bergambar selepas menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan bank dan majlis tersebut menyediakan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan di Malaysia untuk pelanggan di serata Asean.KUALA LUMPUR: Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan Malayan Banking Bhd memeterai kerjasama berbilang tahun bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan Malaysia untuk pelanggan Maybank di seluruh Asean.

Kerjasama ini akan menghubungkan pelanggan Maybank di rantau ini dengan rangkaian perkhidmatan kesihatan MHTC, menyediakan maklumat mengenai rawatan perubatan, kemudahan kesihatan, serta perkhidmatan sokongan yang terdapat di Malaysia. Inisiatif ini dijangka diperluaskan ke pasaran utama lain mulai 2027.