KUALA LUMPUR – Dilihat sering berkongsi pandangan tentang situasi politik negara, pelakon Yusof Bahrin tidak menolak kemungkinan menceburi dunia politik satu hari nanti.
Menurut Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, selain meminati bidang seni, dia juga mempunyai minat dalam bidang politik.
“Insya-Allah. Saya berminat juga dalam bidang politik kerana dekat dengan diri, masyarakat dan sangat penting untuk negara.
“Sebelum ini saya ada juga berkongsi pandangan dan pendapat tentang politik dalam media sosial, apa yang saya sokong. Tetapi tidaklah terlalu mendalam.









