Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata mereka yang lahir pada 2010 hingga 2024 memperoleh pendedahan bahasa bukan sahaja melalui buku teks dan bilik darjah malah menerusi video, permainan digital, animasi, muzik, kandungan penstriman dan interaksi dalam talian.GEORGE TOWN: Bahasa Melayu perlu diperkasakan dalam dunia digital menerusi penghasilan kandungan kreatif dan berilmu bagi menarik minat generasi muda untuk menggunakannya, sekali gus memartabatkan bahasa kebangsaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata mereka yang lahir pada 2010 hingga 2024 atau generasi alpha, memperoleh pendedahan bahasa bukan sahaja melalui buku teks dan bilik darjah, malah menerusi video, permainan digital, animasi, muzik, kandungan penstriman dan interaksi dalam talian.