Keluarga Noorizwan Zulkefly bersama peguam hadir ke kediaman perdana menteri bagi menyerahkan memorandum dan menggesa campur tangan kerajaan. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghubungi Ketua Polis Negara Khalid Ismail bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kematian Noorizwan Zulkefly dalam tahanan awal bulan ini, sambil menegaskan siasatan perlu dijalankan menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.

Anwar turut menegaskan perkembangan siasatan dimaklumkan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kehadiran keluarga Noorizwan untuk menyerahkan surat rayuan kepadanya hari ini.

“Saya mengambil maklum kehadiran keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly untuk menyerahkan surat rayuan kepada saya hari ini, dan amat berdukacita atas pemergian Allahyarham serta memahami kesedihan dan keresahan keluarga yang menantikan jawapan.