KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan berhubung kematian Noorizwan Zulkefly dalam tahanan polis dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi.Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu serta memastikan perkembangan siasatan dimaklumkan kepada keluarga Allahyarham.Perdana Menteri turut menzahirkan rasa simpati terhadap kesedihan dan keresahan keluarga yang masih menantikan penjelasan berhubung kematian Noorizwan."Saya mengambil maklum kehadiran keluarga Allahyarham Noorizwan untuk menyerahkan surat rayuan kepada saya hari ini, dan amat berdukacita atas pemergian Allahyarham serta memahami kesedihan dan keresahan keluarga yang menantikan jawapan," katanya.Anwar yang dijadual menghadiri beberapa program di Melaka hari ini berkata, beliau telah mewakilkan pegawainya untuk menerima surat rayuan itu serta mendengar perkara dibangkitkan keluarga.Media sebelum ini melaporkan polis masih menunggu laporan penuh Jabatan Kimia dan keputusan patologi bagi menentukan punca sebenar kematian lelaki itu pada 1 Oktober lepas.Noorizwan ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Beliau kemudian dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 30 Sept untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.52 pagi keesokan harinya. - Bernama
Anwar mahu siasatan kematian dalam tahanan dijalankan secara telus

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta siasatan kematian Noorizwan dalam tahanan dijalankan secara telus dan menyeluruh.
- Anwar meminta siasatan kematian Noorizwan dijalankan tanpa kompromi.
- Keluarga Noorizwan menyerahkan surat rayuan kepada Perdana Menteri.
- Polis masih menunggu laporan penuh untuk menentukan punca kematian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Anwar hubungi KPN mahu siasatan kematian Noorizwan telus, menyeluruh
- Utusan Malaysia Anwar mahu siasatan kematian Noorizwan telus tanpa kompromi
- Sinar Harian Anwar mahu siasatan kematian dalam tahanan dijalankan secara telus (this story)









