KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengalu-alukan kemunculan muka baharu termasuk calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 selaras dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Ketua Pergerakan Wanita PBB, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya menghormati keputusan pucuk pimpinan parti dalam memilih calon yang akan bertanding pada pilihan raya itu.

"Daripada perbincangan PBB dan parti lain dalam GPS, memang ada muka baharu dan kita mengalu-alukan apa yang diputuskan parti masing-masing. Kita menghormati siapa saja dipilih dan kita akan menyokong," katanya selepas program 'Pusak Tembun to the World' di Muzium Kebudayaan Borneo, di sini, hari ini.