Mahkamah Sesyen memerintahkan Halim Haron menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan, serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan.PETALING JAYA: Seorang guru sekolah agama dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Ampang kerana melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar pada 2022.
Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Halim Haron, 63, selepas mendapati beliau bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.
Mahkamah turut memerintahkan beliau menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan, serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F453234432234324_895682.png&w=480&output=webp&q=85&we)