Anggota Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi memberi bantuan kepada mangsa terselamat selepas sebuah bot terbalik di perairan Djibouti. (Gambar IOM/AFP)ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 139 migran maut, manakala 84 lagi hilang selepas sebuah bot membawa 350 orang terbalik di perairan Djibouti, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Ahad, lapor Xinhua.
Bot itu dalam perjalanan dari Djibouti ke Yaman apabila terbalik pada malam antara Khamis dan Jumaat. Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu, pasukan IOM berada di lokasi bersama pihak berkuasa tempatan bagi memberikan bantuan kecemasan.
"Ini merupakan kehilangan nyawa amat menyedihkan. Simpati kami kepada mangsa terselamat serta keluarga yang kehilangan orang tersayang atau masih menanti khabar ahli keluarga mereka," kata Ketua Misi IOM di Djibouti, Alexandre Coissac.






