ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 109 migran termasuk 15 kanak-kanak maut manakala lebih 116 lagi masih hilang selepas sebuah bot membawa 350 orang terbalik di perairan Djibouti, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Ahad, lapor Xinhua.

Bot itu dalam perjalanan dari Djibouti ke Yaman apabila terbalik pada malam antara Khamis dan Jumaat. Menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, pasukan IOM berada di lokasi bersama pihak berkuasa tempatan bagi memberikan bantuan kecemasan.

"Ini satu kehilangan nyawa yang amat memilukan. Ingatan kami bersama mangsa yang terselamat dan keluarga yang kehilangan orang tersayang atau masih belum menerima khabar mengenai saudara-mara mereka.