SINGAPURA: Malaysia akan menyuarakan kepentingan kerjasama serantau khususnya melalui pembangunan Grid Tenaga ASEAN menerusi penyertaan dalam Singapore International Energy Week (SIEW) 2026, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata hubungan tenaga yang lebih kukuh antara negara ASEAN dapat membantu memanfaatkan sumber tenaga dengan lebih cekap, di samping meningkatkan keselamatan dan daya tahan bekalan elektrik di rantau ini.
"Saya melihat SIEW sebagai satu platform yang amat bermakna untuk Malaysia berkongsi pandangan, bertukar pengalaman dan mengukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dari Singapura, negara ASEAN serta komuniti tenaga antarabangsa.









