PETALING JAYA: Malaysia mempunyai asas ekonomi dan sistem kewangan negara yang lebih kukuh berbanding tahun 1997 dan 1998 semasa Krisis Kewangan Asia, yang dijangka dapat mengurangkan risiko berlakunya krisis kewangan pada skala yang sama.

Risiko tercetus krisis tersebut susulan kejatuhan mendadak nilai mata wang rupiah dan kemerosotan ketara pasaran saham Indonesia sememangnya menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berulangnya krisis kewangan serantau.

Profesor Ekonomi di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Law Siong Hook berkata, Malaysia mempunyai pertumbuhan ekonomi domestik yang positif, sistem perbankan yang relatif berdaya tahan, rizab antarabangsa yang mencukupi ser