Shah Alam: Semua Taman Eko Rimba dan aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Selangor ditutup sepenuhnya mulai 16 November ini hingga 31 Januari 2027.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan musim tengkujuh bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan pengunjung.
Sehubungan itu orang ramai dinasihati tidak memasuki mana-mana kawasan yang ditutup sepanjang tempoh berkenaan.
Langkah berkenaan turut bertujuan memastikan keselamatan pendaki dan pengunjung yang berkunjung ke kawasan hutan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu serta kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini.









