Bandaraya Gaza: Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Khamis bahawa janakuasa elektrik hospital berkemungkinan terhenti daripada beroperasi berikutan stok minyak pelincir telah habis sepenuhnya di tengah-tengah sekatan berterusan oleh Israel ke atas wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata pasukan jurutera sedang bekerja dalam keadaan sukar bagi memantau janakuasa berkenaan dan memastikan bekalan elektrik sampai ke jabatan-jabatan kritikal hospital.

"Jana kuasa telah beroperasi selama ribuan jam secara berterusan tanpa minyak pelincir atau penyelenggaraan yang mencukupi, sekali gus membawanya ke tahap bahaya mekanikal yang teruk," kata kementerian itu.