Istanbul: Iran tidak akan membuka semula Selat Hormuz atau kembali ke meja rundingan sehingga tujuh syarat baharu yang dikemukakan menerusi perantara dipenuhi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Mohsen Rezaei.

"Kami tidak akan kembali kepada diplomasi lampau, namun kami tidak mengabaikan diplomasi sepenuhnya," kata Rezaei dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita ISNA, sambil menambah bahawa Tehran "tidak lagi berminat dengan perjanjian yang jaminannya hanya bersandarkan niat baik politik semata-mata."

Beliau berkata keutamaan Iran adalah "penurunan ketegangan", namun "semakin lama AS memanjangkan peperangan, Iran akan menjadi semakin kuat, walaupun ini bukanlah apa yang dikehendaki oleh Tehran."