KUALA LUMPUR – Tindakan MCA keluar beramai-ramai sebagai tanda protes pada pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menunjukkan parti itu sedar tidak lagi dihormati oleh rakan gabungannya, UMNO.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, UMNO dilihat terlalu mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi kemungkinan kerjasama dengan Pas sehingga mengabaikan MCA dan MIC."Jelas sekali, UMNO terlalu teruja dengan kemungkinan memperoleh keuntungan politik jangka pendek melalui kerjasama dengan Pas sehingga langsung tidak menghiraukan MCA dan MIC."Perkara ini turut menimbulkan persoalan sama ada mana-mana kerajaan gabungan yang melibatkan UMNO dan Pas akan mengetepikan suara serta kepentingan golongan minoriti begitu sahaja," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum ini media melaporkan MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan BN bagi PRN Melaka tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.Danish berkata, kedudukan MCA dan MIC dalam politik negara juga menjadi persoalan apabila kedua-dua parti itu secara keseluruhannya hanya mempunyai tiga kerusi di Dewan Rakyat selain tidak memegang sebarang jawatan menteri.
MCA sedar tidak dihormati UMNO- AMK

Key takeaways
MCA menyedari tidak lagi dihormati oleh UMNO selepas keluar beramai-ramai sebagai protes terhadap pengumuman calon BN.
- MCA dan MIC dilihat diabaikan oleh UMNO dalam kerjasama politik.
- UMNO dikatakan terlalu fokus pada keuntungan politik jangka pendek.
- MCA dan MIC hanya memiliki tiga kerusi di Dewan Rakyat tanpa jawatan menteri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Dua kerusi MCA tidak selari komposisi pengundi Cina
- Malaysiakini (BM) 'Ini akibat jadi pak turut Umno' - MP DAP cabar MCA keluar BN
- Berita Harian PKR persoal keikhlasan UMNO layan MCA di Melaka
- Sinar Harian MCA sedar tidak dihormati UMNO- AMK (this story)







