DUNGUN: Tiga sekeluarga termasuk suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di Bukit Bauk, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa yang maut menaiki Nissan Grand Livina, iaitu Mohamad Zulkifli Ishak, 32; isteri, Norshila Zali, 36, dan adik Muhamad Zulkifli, Muhammad Alif Syukri, 18.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Norzahari Mohd Nor, berkata siasatan mendapati Mohamad Zulkifli bersama isteri dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai, Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Katanya, mereka sebelum itu ke Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) di Kuantan, Pahang menjemput Muhammad Alif Syukri yang belajar di situ.