Dungun: Tiga sekeluarga termasuk suami isteri maut, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, di Bukit Bauk, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa maut ialah Mohamad Zulkifli Ishak, 32; isterinya, Norshila Zali, 36, dan adik Muhamad Zulkifli iaitu Muhammad Alif Syukri, 18.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Norzahari Mohd Nor berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, Mohamad Zulkifli bersama isterinya itu yang beralamat di Kampung Pasir Era, Kuala Krai Kelantan, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, selepas menjemput adiknya Muhammad Alif Syukri yang belajar di Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) Kuantan.