KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama barisan pemimpin negara merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersempena dengan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik serta kekuatan kepada baginda untuk terus memayungi rakyat dan negeri.
"Patik mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan Baginda Tuanku kesihatan yang baik, usia yang diberkati serta kekuatan untuk terus memayungi negeri dan rakyat Selangor dengan kebijaksanaan dan kasih terhadap seluruh rakyat.








