England: Seorang wanita berusia 30 tahun berdepan kehidupan mencabar akibat penyakit jarang ditemui yang menyebabkan pundi kencingnya gagal mengeluarkan air kencing sehingga perutnya membengkak seperti wanita hamil sembilan bulan, lapor Mirror.

Evan Francis mengalami masalah itu sejak hujung 2023 sebelum disahkan menghidap Sindrom Fowler pada Julai 2024 iaitu keadaan yang menjejaskan keupayaan pundi kencing untuk dikosongkan. Kini, dia bergantung pada kateter untuk mengalirkan air kencing.

Gejalanya bermula sekitar Krismas 2023 apabila dia tidak dapat membuang air kecil selama beberapa hari.

Pemeriksaan mendapati air kencing terkumpul dalam pundi kencingnya sehingga mencecah satu liter dan perlu dikeluarkan di hospital.