Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari berkata, senarai calon PRN Melaka gabungan itu akan dimuktamadkan bersama presiden, pimpinan utama parti sebelum diumumkan secara rasmi pada 24 Okt.KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka sudah dikenal pasti sejak dua tahun lalu, kata Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari.
“Dah lama dah, sejak dua tahun lepas,” katanya ketika ditanya sama ada gabungan itu sudah mengenal pasti calon-calonnya bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
Amirudin yang juga menteri besar Selangor berkata, senarai calon akan dimuktamadkan bersama presiden dan pimpinan utama parti sebelum diumumkan secara rasmi pada 24 Okt.
Mengulas sama ada PH akan mengetengahkan ramai muka baharu, Amirudin berkata, calon yang dipilih datangnya dari pelbagai latar belakang.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fimage1_394035.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)