BATU PAHAT - Putera Muhaimin Qudrat Mohd Noor Wandi yang maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Bagan, di sini malam tadi berhasrat membuat kejutan memberi hadiah kepada adiknya sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini.Bapanya, Noor Wandi A Rahim, 41, berkata, mangsa yang berusia 16 tahun itu menyatakan hasrat tersebut dari Khamis lepas, iaitu pada hari ulang tahun kelahiran adiknya, Puteri Nur Fairuza Balqis yang ke-15."Arwah mengumpul duit sendiri untuk membelikan hadiah itu kerana mahu membuat kejutan hari ini. Anak perempuan saya (Puteri Nur Fairuza) ikut sekali tetapi dia tidak tahu hadiah yang dibelikan abangnya," katanya kepada pemberita di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini pada Sabtu.Noor Wandi berkata, dua lagi anaknya, iaitu Putera Khairunas, 11, dan Putera Aidin Firdaus, dua tahun, juga mengikut adiknya, Rahmah A Rahim, 26, dan suami Nor Azlan Shaharudin, 27, ke bandar Batu Pahat sebelum mereka terlibat kemalangan itu semasa dalam perjalanan pulang. Selain itu, Noor Wandi berkata, arwah sentiasa tersenyum kebelakangan ini walaupun semasa dimarahi ibunya, Norfarahin Mohammad, 38, berbanding kebiasaannya akan 'menarik muka' apabila ditegur."Kami semua makan malam bersama-sama sebelum mereka bertolak ke Batu Pahat untuk membelikan hadiah," katanya.Noor Wandi berkata, jenazah anak sulung daripada empat beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Bajuri selepas solat Zuhur.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dinaiki enam individu tersebut terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 140, Jalan Johor Bahru-Melaka berhampiran Bagan, di sini pada 10.30 malam tadi.Beliau berkata, kemalangan menyebabkan remaja 16 tahun itu maut di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan dada manakala pemandu kenderaan tersebut cedera kedua-dua kaki serta mengalami pendarahan dalaman.Kemalangan juga menyebabkan mangsa lain cedera dan menerima rawatan di HSNI. - Bernama
'Hasrat buat kejutan hari jadi bertukar tragedi'

Key takeaways
Seorang remaja berusia 16 tahun maut dalam kemalangan semasa cuba membuat kejutan hari jadi kepada adiknya.
- Remaja itu menyatakan hasrat untuk memberi hadiah kepada adiknya semasa ulang tahun.
- Keluarga sedang dalam perjalanan ke Batu Pahat untuk membeli hadiah ketika kemalangan berlaku.
- Jenazahnya dikebumikan selepas solat Zuhur di kampung halaman.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Levi FIFA RM5,400 jadi pengajaran buat JDT
- Sinar Harian 'Hasrat buat kejutan hari jadi bertukar tragedi' (this story)







