Universiti Malaya nafi dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakan pada sesi iFUTURE 2026. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakannya pada sesi Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.
Naib Canselor Noor Azuan Abu Osman berkata universiti itu sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan.
"Saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar," menurut kenyataan.







