Pengawal pantai memaklumkan mayat empat lelaki, seorang wanita dan bayi berkenaan ditemui selepas bot laju itu terbalik serta karam.ATHENS: Enam individu termasuk seorang bayi maut dalam perlanggaran membabitkan sebuah bot laju membawa migran dan kapal peronda pengawal pantai Greece di perairan Pulau Lesvos, timur Laut Aegean, pada Isnin, menurut pihak berkuasa Greece, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa, kejadian pada awal pagi itu berlaku apabila bot laju terbabit dikendalikan secara berbahaya ketika cuba mengelak pemeriksaan pengawal pantai.

Pengawal pantai memaklumkan mayat empat lelaki, seorang wanita dan bayi berkenaan ditemui selepas bot itu terbalik serta karam. Lapan individu, termasuk empat lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak yang diselamatkan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.